Tuesday, October 11, 2011

tanggungjawab kita

dah lama rasanya x coret apa-apa dlm blog ni...

maaf....x byk input yg dpt lately.......

oklah..apa tanggungjwb kita as khalifah dkt bumi ni??

yup3..rukun islam dan iman jgn lupa....then yg wajib jgn ditinggalkan....etc3...

kita sebagai khalifah dimuka bumi ini punya tanggungjwb..iaitu saling nasihat menasihati..kalau nampak org yg kita kenal or x kenal wat salah..kenalah tegurkan....yelah..kita nak masuk syurga same2..

sebenarnya just nak quotes  satu perenngan dr buku al-muntalaq....

majoriti umat islam hari ini telah terseleweng dari Islam tanpa disedari dan tanpa niat yg sedemikian. mereka sebenarnya layak bersama-sama para da'i utk mengembalikan seluruh umat ini kepada Islam. Mereka sebenarnya mampu berbuat demikian sekiranya mereka sedar bahawa selama ini mereka telah tertipu.  
Tetapi da'i Islam dalam masa yang sama melihat.. sama seperti apa yg dikatakan Omar. Perkara ini amat sukar kerana penyelewengan sudah sebati di dalam tubuh generasi ini..
Oleh itu apakah yg patut dibuat oleh da'i Islam???

itulah persoalan yg patut kita sama-sama fikirkan...oh..jgn ingat ini kerja para ulama' dan mereka yg punya byk ilmu mengenai Islam sahaja ye....kita-kita yg x cukup ilmu ni pun perlu bekerjasama....

INGAT~~

sampaikanlah pesanan Rasulullah, walaupun satu ayat~

okeh2...apa yg patut dibuat oleh para da'i??

1)jangan sekali2 mengalah dlm menyampaikan dakwah...memang telah sedia maklum, jalan ini bukan mudah, tapi nak tak nak, kenalah kita sama-sama harungi demi menegakkan syiar Islam dan demi melihat kenalan kita, yg rapat mahupun yg jauh sama-sama melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.....dan ingat, kita nak capai redha Allah, biarlah bersusah-susah disini, supaya kita gembira di akhirat sana.....

SABAR ITU ADALAH KUNCI SEGALA PINTU YANG TERTUTUP

2)sentiasa berdoa kepada Allah...doa tu kan senjata mukmin....hanya Allah yg mampu membuka pintu hati mereka dan kita.... berdoalah kerana kita hanya mampu mengajak dan memberitahu....yang menyedarkan mereka hanyalah Allah....dan berdoalah supaya kita sentiasa kuat dan tabah...

3)jangan sesekali menangguh...kerana makin ditangguh makin panjang dan kuatlah cengkamanan jiwa mereka dengan arus jahiliyah

4)bersamalah dengan mereka yg sama-sama berdakwah..kerana mereka akan menjadi sumber kekuatan dan sumber ilmu kita..... bila kita lemah, mereka akan kembalikan semangat pada kita..

5) jangan sesekali mengumpat atau mengata mereka yg masih kurang ilmu pengetahuan tentang islam..jangan sesekali kerana itu bukan sifat da'i..dan jika kita buat mcm tu, kita hanya melukakan hati mereka...macammana mereka nak percaya dengan apa yg kita sampaikan?dan jangan sesekali cuba memburuk2kan orang lain....

6) sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah..berpandukan sirah Rasulullah...percayalah, kalau kita compare apa yg berlaku sekarang dgn apa yg berlaku pada zaman dahulu ada sedikit sebanyak persamaan.....cuma bezanya mereka pada zaman dahulu, dugaannya lebih perit.... macammana nak tahu??tulah gunanya pergi majlis2 ilmu dan usrah.....ilmu x akan datang bergolek..kita yang kena cari.....kemenangan tentera sultan Muhammad al-Fateh, salah satu faktornya adalah kerana mereka berpandukan sirah Rasulullah dan al-Quran dan as-Sunnah...

ini adalah sedikit dari apa yg dpt dikongsikan......oh, yg petikan dari buku al-Muntalaq hanya yg quotes diatas...no 1- 6 ni, berdasarkan ilmu-ilmu yg dpt dikongsikan..kalau ada salah silap tolong betulkan ye.......