Sunday, November 28, 2010

masa itu emas

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini saya mahu berkongsi mengenai masa......peringatan utk diri sendiri yg selalu lupa dan selalu mengabaikan kepentingan masa..

Untuk pengetahuan kita semua, habisnya umur seseorang bererti habisnya masa yang diperuntukkan Allah kepadanya hidup di dunia.Namun dalam kalangan manusia ramai yang tidak menghargai masa bagi menentukan nasib hidupnya diakhirat. Kita selalu mengejar perkara duniawi sehingga terlupa perkara ukhrawi...

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu]

Malah pepatah arab ada menyebut

Waktu laksana pedang, apabila anda tidak menggunakannya dengan baik maka ia akan memotongmu

Oleh itu wahai rakan-rakan....

Marilah kita menggunakan masa kita dengan sebaiknya dan janganlah kita suka bertangguh kerana kita tidak akan tahu bilakah masanya kita akan pergi meninggalkan dunia ini.

Sabda Rasulullah s.a.w

“Perhatikanlah bahawa jalan ke syurga itu penuh dengan rintangan dan liku-liku, sedangkan jalan ke neraka sangat mudah dan rata”.

“kebanyakan manusia terpedaya dalam dua nikmat; iaitu masa sihat dan masa lapang”

Dapat kita lihat disini, bukti bahawa utk ke nereka jalannya amat mudah....kerana jalannya tidak berliku...sebab itulah manusia sering terpedaya dgnnya.......kerana itulah ujian yg kita perlu hadapi......tanpa ujian, hidup ini tiada cabaran..

Saidina Ali pernah berkata ;

” Kebanyakan manusia lalai, kelak sesudah mati baru sedar”

sedar akan tujuan allah jadikannya didunia.

Oleh itu, janganlah kita termasuk dalam golongan manusia yg lalai ini...kerana sudah tentu kita tidak mahu menjadi org yg rugi dan sesat di akhirat yg kekal abadi...apalah sangat masa didunia ini jika berbanding dgn masa diakhirat nanti......segala kepahitan yg kita rasai didunia ini akan dibalas dgn madu diakhirat nanti...malah disana nanti, pastinya kita akan berasa sgt gembira dgn hasil tuaian kita nanti.........sebagai contoh , pabila kita tahu kita mahu menghadapi peperiksaan akhir tahun/semester.sudah tentu kita akan berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat keputusan yg cemerlang...sudah tentu kita sanggup berjaga tgh mlm, tidak keluar bersuka ria dan sebagainya..pengorbanan yg dilakukan adalah semata-mata utk mendapat keputusan yg baik yg dpt mengembirakan kita dan ahli keluarga kita...kerana dgn keputusan itu, kita akan peroleh kerjaya yg lebih baik dan menampung kehidupan kita didunia ini...begitu jugalah dgn akhirat....pengorbanan yg kita perlu buat adalah utk memastikan kita senang diakhirat nanti.......

Akhir kata:

Sabda Nabi;

Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya diwaktu siang untuk menerima taubat orang yang membuat jahat diwaktu malam. Dan membuka tangan selebar-lebarnya diwaktu malam untuk menerima taubat orang yang membuat jahat diwaktu siang. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari arah barat.


1 comment: