Wednesday, February 23, 2011

ilmu vs. fikrah

bismillahirrahmanirrahim..

ukhuwah itu memang tersangat indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah....
setiap kali berjumpe, mereka pasti akan menyebabkan kita yg kadangkala hilang arah tuju ataupun lemah semangat ataupun sedih kembali bangkit meneruskan perjuangan hidup....
kadang-kadang terasa sgt rindu pada kawan-kawan yg sgt rapat pada waktu dahulu tetapi sekarang tidak seperti dahulu kerana mungkin sikap berlapang dada dan al-itsar itu tiada sewaktu berkwan...tapi percayalah hubungan itu boleh dibaiki sebaik sahaja kita membetulkan niat semuanya adalah kerana Allah dan mempuyai sikap berlapang dada dan al-itsar....

Post kali ni adalah sebenarnya mengenai ilmu vs. fikrah...
pertemuan sabtu hari tu menyedarkan saya mengenai sesuatu yg tidak saya ketahui ataupun lebih tepat selama ini saya x nampak perkara itu sehinggalah diperjelaskan pada sabtu haritu...terasa ingin menangis kerana banyaknya perkara dan skills yg saya tidak ketahui......Jazaakumullahu khairan katheera pada mereka yg banyak memberi ilmu pengetahuan dan semangat kepada saya...^__^

Sabda Rasululullah s.a.w:
“Sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia”
oleh itu daya mahu tergolong dalam kumpulan mereka yg bermanfaat kepada manusia....

ilmu perkara yg selalu kita dengar..kita perlu menjadi org yg berilmu....dari kecil sampai lah sekarang kita masih belajar,masih lagi menuntut ilmu..kerana apa,...untuk menjadi manusia kita perlu berilmu....

fikrah tu ape pula kan?selama ni jarang pula dengar mengenai fikrah...perlukah fikrah tu??jawapannya SANGAT PERLU!!kerana fikrah tu adalah Pemikiran dan minda seseorang yang boleh mempengaruhi cara berfikir dan bertindak balas terhadap sesuatu perkara...

kalau digabungkan ilmu dan fikrah pula..ini adalah berdasarkan apa yg difahamilah...
nak cakap pasal ilmu...semua org dah ada ilmu..tipulah kalau ade yg xada ilmu...kalau sebagai seorang muslim kita sedari kecil lagi telah belajar,baca doa,solat,puasa,apa itu tauhid,apa itu fiqh,sirah rasulullah dan sebagainya...TETAPI selama ini kalau kita hanya belajar tanpa sebarang amalan..ianya hanya akan dianggap sebagai ilmu sahajalah,,

tetapi dengan adanya fikrah...ianya akan menyebabkan kita beramal dengan apa yg telah kita pelajari....contohnya jika selama ini kita hanya belajar apa itu ibadah...tapi kia disertai dengan fikrah,ianya akan menggerakkan kita supaya mempraktikkan apa yg telah kita pelajari itu..setelah kita tahu semua yg dilakukan itu adalah ibadah dan akan mendapat pahala jika dilakukan ikhlas kerana Allah selagi tidak bertentangan dgn syarak.....kita akan cuba mempraktikkannya semampu yg kita boleh..dan menjadikan ianya sebagai amalan kita..itulah fikrah..

macammana nak membentuk fikrah??
1st kena carilah ilmu tu...yg kedua perlunya ada mereka yg membantu kita dlm membentuk fikrah kita...itulah gunanya usrah dan program-program yg islamik..sebab apa??masa tulah akan diterangkan bagaimana mahu mempraktikkan ilmu yg kita dah ada ni...bagaimana nak menggerakkan ilmu itu supaya bertambah pahala kita nanti...

jika berkelapangan dan harapnya bacalah usul 20

No comments:

Post a Comment