Sedekahkanlah 1 senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan..
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan
dan berpeganglah kepada ALLAH walau Dia tak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..
Ada sebab berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya,
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi,
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani...
Daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu,
tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."
Hadis Riwayat Muslim
No comments:
Post a Comment