Friday, May 6, 2011

sejarah mungkin berulang jika kita x belajar daripadanya

inilah akibatnya kalau menjadi penganggur yg berjaya dan pelajar yg agak kurang berwibawa...boleh post new entry dua kali dalam masa sehari...tambahan tak tahu nak berkongsi pada siapa,dan takut lupa apa yang telah dibaca dan dirumuskan..dan mahu sentiasa muhasabah diri ni,,supaya tidak leka dengan dunia yang sementara ni....so,blog ini lah menjadi tempatnya...

entry yg lepas ada cakap mengenai sejarahkan?ada cakap sikit pasal kejatuhan kerajaan abbasiyah....

blue mosque
oklaa...kalau kita baca mengenai kejatuhan empayar bani umayah, kejatuhan empayar bani abbasiyah dan kejatuhan empayar uthmaniyah...sudah pasti kita akan sentiasa berfikir dan tidak mahu menjadi seperti mereka lagi..sudah pasti kita nak menaikkan kembali sistem khilafah dan tidak mahu mengikut jejak mereka yang menyebabkan kejatuhan sistem khilafah..sudah pasti kita mahu mengikut jejak khalifah yang menaikkan empayar-empayar itu dimuka bumi ini seperti khalifah Umar Abd. Aziz dan sultan muhammad al-fateh dan seperti salehuddin al-ayubi...dan semestinya kita mahu mencontohi Rasulullah s.a.w..dan bagindalah sebaik-baik contoh....

alhambra
TETAPI..MALANGNYA...KITA TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH..KITA ALPA......terlampau terpengaruh dengan budaya barat,hedoisme,terpesona dengan harta dunia,pangkat dunia,keseronokan dunia..hingga terlupa tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi...mesti ada yang hairan..tugas kita sebagai khalifah?bukan untuk umat Islam kita ada satu khalifah je ke yang mentadbir dunia ni??iyee,memanglah mengikut sistem khilafah, ada satu khalifah yang akan mentadbir dan dibantu oleh para menteri dan para duta(x igt panggil apa utk pentadbir setiap negeri)..TETAPI..setiap insan dimuka bumi ini adalah khalifah Allah..dari konteks kita adalah pemimpin untuk diri sendiri..pemimpin untuk keluarga kita, rakan-rakan kita..kita sebagai khalifah yang perlu menjaga alam ini....kita sebagai pemimpin memimpin orang lain dan diri sendri kearah kebaikan...
Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkaa yang baik dan melarang segala perkara yang salah(buruk dan keji).[ali-Imran:110]
(katakanlah kepada mereka wahai Muhammad)""turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah" [Al-A'raf:3]

dalam terjemahan diatas..sudah terang dikatakan bahwa kita perlu mengikut sistem Islam dan tidak sekali-kali kita boleh mengikut sistem selain dari Islam,,,,

Islam adalah agama yang syumul...yakni dah lengkap.....Allah Maha Mengetahui...sudah tentu apa yang dilarang itu akan membawa mudarat pada kita...tapi kenapa kita ingkar?analogi nya adalah seperti sudah diberitahu jangan lalu dijalan itu, kerana jalan it ada lubang yang besar...yang menyebabkan kita jatuh tersungkur dan tidak akan sampai ke tempat yang dituju..tapi degilnya kita..tetap mahu melalui jalan itu.....bodohkan kalau macam tu?

oleh itu, marilah sama-sama kita kembali kepada Allah..sama-sama kita berubah...tak payah nak tunjuk pada mereka yang lain..
alaa orang tu tak buat pun..

alaa orang tupun nampak je baik,tapi perangai teruk juga,,,

ala,,ustaz pun ada yang jahat juga,,apatah lagi kita yang bkan ustaz ni...

kenapalah nak tengok contoh yang tak baik..contoh yang baik banyak je kat luar sana...tak nak cakap pula...itulah manusia..suka tengok keburukan dari kebaikan....tak payahlah kita kepoh-kepoh pasal keburukan orang kalau kita tak membantu dia kearah kebaikan..tak payahlah kepoh-kepoh kalau diri sendiri pun tak nak berubah..malah menyusahkan orang pula..baik kita cuba ubah diri sendiri dan secara perlahan-lahan kita cuba ubah orang lain..orang yang kita rasa x cukup baik pun,cubalah kita ubah dia supaya menjadi baik..dapat jugak pahalakn...dari ngumpat-ngumpat..dosa je dapat...





untuk mengembalikan kegemilangan Islam, biarlah ianya bermula dari kita..insyaAllah,dengan usaha yang sedikit bersama-sama dalam satu jemaah,dalam satu barisan kita mampu menaikkan kembali syiar Islam..mungkin kita tiada disaat Islam kembali memerintah bumi ini..tapi,sekurang-kurangnya ada usaha kita dalam mengembeleng tenaga mengembalikan kegemilangan Islam..semoga dengan usaha yang sedikit itu, kita mampu meraih redha Allah dan syurga Allah..insyaAllah...

itu sahaja untuk hari ini..
wassalam

No comments:

Post a Comment