Wednesday, October 20, 2010

dimanakah kita?

bismillahirrahmanirrahim,



pernah kawan2 ku bertanya, bagaimanakah keadaan kita jika kita berada dizaman rasulullah s.a.w..agak2nye kita berada bersama Rasulullah s.a.w ataupun berada di pihak yg menentang Rasulullah s.a.w???sudah tentu kita ingin dan berangan kita berada di pihak Rasulullah s.a.w.......

tapi layakkah dan mampukah kita berada dizaman itu??hurmm...

apa yg pasti,kita berada di zaman ini...zaman umat akhir zaman...sebyk manakah amalan kita?adakah apa yg kita lakukan selama ini menyumbang kepada bengkitnya dan tertegaknya syiar islam?ataupun kita hanya mengharap ada org lain yg akan membuat semua kerja-kerja dakwah itu?ataupun kita x pernah mengambil tahu mengenai perkara ini?hanya memikirkan mengenai study,kerja,keluarga,duit dan sebagainya.....x pernah berfikir mengenai bagaimanakah hasil tuaian kita di akhirat nnt dan apakah sumbangan kita pada agama yg kita sayangi....

wahai diri dan rakan-rakan, lebih baik kita menyumbang kepada kebangkitan islam dan sama-sama bergerak dlm membangunkan islam kerana kita sayangkan islam..kerana kita sayangkan Allah yg maha Esa...DIA yg menciptakan dan menyayangi kita......sama-samalah kita berusaha menegakkan syiar islam...tiada istilah rehat didunia ini kerana rehat kita adalah di akhirat yg kekal abadi...walaupun mungkin kita x berkesempatan utk melihat islam memerintah dunia, tapi kita boleh tersenyum 'nanti' kerana kita adalah diantara mereka yg berusaha gigih dlm memperjuangkan kebenaran...insyaAllah....

marilah kita sama-sama berubah dan berusaha kearah kebaikan kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita......jalan ini memang bukan jalan yg senang kerana ianya penuh dgn onak dan duri...tetapi penghujungnya adalah satu nikmat yg amat besar dan manis...percaya pada janji Allah...

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.(surah al-asr)


No comments:

Post a Comment