yg utama: saya x mahu menjadi buih...xmahu menjadi buih yg tiada hala tuju...yg tiada manfaat kepada org lain....
Nabi Muhammad saw bersabda dalam hadithnya yg bermaksud:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."Umat islam diakhir zaman..ibarat buih dipermukaan air banjir....yg tiada manfaat...bagaimana bole jadi mcm tu??sbb penyakit wahan...cintakan dunia dan takutkan mati..tahu akan kematian,takut akan kematian..takut jika tercampak ke dalam neraka...TAPI!!!!!
tidak membuat apa-apa ketika didunia..
TIDAK beramal soleh..WALAUPUN tahu ajal akan menjemput bila-bila masa.
TAHU akan yang mana baik dan yang mana buruk..TAPI masih mahu melakukan yg buruk itu,,
TAHU menutup aurat itu wajib,,TAPI masih tak mahu menutup aurat...tunggu sampai seru katanya...kalau ajal sampai dlu macammana ye??
TAHU yang mana halal yang mana haram,,,TAPI masih xkisah dan x ambil peduli..
TAHU batas-batas pergaulan dalam islam...TAPI melanggar batas itu lebih menyeronokkan...nanti-nanti taubatlaa katanya..KALAU xsempat taubat bagaimana ye??
TAHU yang rakan-rakannya ada yg mengajak kearah kebaikan..TAPI disindir dan dikatakan tunjuk baiklah....MALAH ada yg marah atau menjarakkan diri.....KUBUR ASING-ASING KATANYA...
SAYA takut dgn penyakit wahan ini..kerana penyakit ini senang sgt dijangkiti tanpa disedari...ya Allah, kuatkanlah iman hambaMU yang lemah ini....
oh..mungkin ada yg memikirkan..cakap je lebey n whatsoever..tapi tiada manusia yg sempurna..kita sama-sama perlu mengubah diri kita..sama-sama membimbing diri dan rakan-rakan dalam menjadi muslim yg sebenar..sama-sama melakukan amal makruf nahi mungkar..sama-sama tegur menegur jika ada yg membuat salah..sama-sama berlapang dada dalam setiap hal..sama-sama berganding bahu dalam menyebarkan da'wah..sama-sama saling nasihat menasihati..barulah kita akan menjadi muslim yg lebih mantap..insyaAllah..
terima kasih pada mereka yg menganjurkan mukhayyam dan menyedarkan saya.....
bak kata kakak naqibah saya,kak rose..
Semakin kita menghampiri Allah,semakin byk dugaan yg menimpa,semaikn banyak kerja yg perlu kita lakukan,,,dan semakin sayang Allah pada kita..kerana kita sanggup menempuh segala rintangan kerana cinta kan Allah...insyaAllah jika ikhlas dan tiada riak,ujub dan segala penyakit hati, syurga balasannya..insyaAllah.....
oleh itu,sama-samalah kita mencari cinta yang hakiki...banyakkan amal ibadah..ikhlas kan hati.....
Sebelum mengakhiri post kali ini nak tulis sebagai peringatan buat kita semua...
Faktor-faktor Penyebab Kemenangan umat Islam adalah sebagaimana firman Allah ta'ala yg bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan musuh
maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.Dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang
kekuatanmu dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar."
(al-anfal:45-46)
dan 6 faktor penyebab kemenangan islam:
- Thabat (berteguh hati) --- sentiasa thabat dlm setiap pekara..
- Dzikrullah --- berzikir dan mengingati Allah dlm apa jua keadaan..susah dan senang...
- Taat kepada Allah & Rasul ---apa-apa yg kita lakukan mestilah berlandaskan al-quran dan as-sunnah
- Tidak berbantah-bantahan -- tidak saling bergaduhan dan bermusuhan antara umat islam....berlapang dada dan tidak bertindak melulu.
- Sabar --- sifat sabar perlu ditanam..jgn sentiasa rakus dan pemarah..
- Ikhlas kerana Allah---semuanya lillahitaa'la..
O Allah! Let us stop loving the life and fearing death. O Allah, return us to the honorable state of loving You and loving sacrifice for Your sake and living in this life as if a stranger – fighting to keep our deen strong, while not fearing but welcoming the death in doing so! Ameen.
No comments:
Post a Comment