Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Rasullulah (SAW) said :"When you see Allah (SWT) gives good fortunes to his slaves who are always committing sins (disobedient), know that the person is being given istidraj by Allah (SWT)." (At-Tabrani, Ahmad and Al-Baihaqi)
Istidraj itu luar biasa.
Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya
Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Dari sini, terjawablah segala keraguan yg selalu menganggu fikiran kita?keraguan yg mane?kita selalu fikir kenapa org tu jahat,buat maksiat,tapi die hidup senang lenang..mewah je..ape yg dia nak dpt..tapi kita??slalu diuji dgn pelbagai dugaan yg kadang-kala memilukan hati...tapi jawapan nya disini.. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
TUJUAN kita HIDUP adalah utk MENDAPAT KEREDHAANNYA...buat apa kita nak dpt segala kemewahan dunia jika, x dpt redha Allah? malah diakhirat kita sengsara..bukankah tujuan kita hidup adalah utk mendpt redha Allah supaya kita SENANG di akhirat yg kekal abadi??
buat apa hidup kaya raya, tapi selalu resah?tiada keberkatan hidup....mewah dgn harta dunia tapi miskin dgn harta akhirat??
yg manakah yg ptt kita kumpul? harta dunia ataupun harta akhirat??
jikalau jawapan kita harta akhirat..pastilah kita redha dgn segala ujian Allah..kerana kita tahu, dgn segala ujian itu, akan menambahkan saham kita diakhirat..malah hidup kita akan sentiasa diberkati dan tiada kerisauan dihati jika terlepas harta dunia yg menggiurkan itu....dan insyaAllah kita akan sentiasa bersyukur dgn apa yg dimiliki,,,,
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa dengan sekonyong-konyong, maka seketika itu mareka terdiam berputus asa. Maka orang-orang zhalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. (QS. al-An’am: 44-45).
sources :
saiful Islam
what is istidraj
No comments:
Post a Comment