Sunday, November 7, 2010

muslim yg "islamophobia"

Betapa sukar untuk meyakinkan bahawa "islamophobia" dalam kalangan bukan muslim boleh diatasi jika kita berusaha mengatasi "islamophobia dikalangan umat islam itu sendiri..

petikan: Muslim yg Islamophobia(majalah solusi edisi ke-25)

Artikel diatas sgt menarik utk dibaca and membuka minda kita....kerana, kita sebagai umat islam, merupakan role-model utk agama kita sendiri...jika kita mengamalkan segala suruhan Allah dgn betul..insyaAllah, segala perlakuan dan amalan umat islam akan nampak sgt cantik dan insyaAllah dengan sendirinya org bkn islam akan tertarik dgn islam..

tetapi, jika umat islam sendiri tidak yakin dgn suruhan Allah, malah memilih dlm melaksanakan hukum Allah, apatah lagi org yg bukan islam.....mereka berkali ganda lagilah sukar utk menerima islam kerana umat islam sendiri tidak mahu mengamalkan apa yg disuruh oleh agamanya....

malah, umat islam sekarang, lebih suka mempersoalkan solan yg remeh temeh tetapi perkara yg lebih penting seperti solat 5 waktu, menutup aurat,jaga pergaulan dan segala yg wajib itu diabaikan...bukan setakat itu, disoalnya perkara yg melibatkan keyakinan sesorg ataupun perkara yg perlu diselidik dgn lebih mendlm...sebagai contoh perkara halal dan haram.....yg halal itu halal dan yg haram itu haram...jika kita x pasti makanan itu halal ke haram, lebih baik dijauhi....kalau nk makan juge,kenalah cek ingridient tu sme halal ke x if not sure tnyelah pada yg pakar......tetapi, sesetgh org, bila dikatakan xboleh mkn, ditanya lagi pelbagai soalan dan kadang-kadang soalan itu sgt2laaa x logik..dah tu, kadang-kadang bila dah diberitahu dgn jelas asbab-asbab nye, igtkan dia akan tinggalkan perkara itu, tapi tgk2 die wat juge...x ke kdg2 ianya menyebabkan org yg ditanya itu perlu byk2 kan istighfar dan berzikir utk menahan amarah.....

Dalam hadith 40, hadith yg ke-6 yg bermaksud :
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)



islam itu simple, yg menyusahkan hanyalah manusia itu sendiri.........seperti dalam artikel muslim yg islamophobia itu menyatakan kita perlu mengamalkan cara hidup islam yg syumul tanpa memilih-milih mengikut hawa nafsu.....



pesanan saya sendiri yg masih tidak mampu mengawal emosi, saya sgt suka dgn mereka yg ingin tahu dgn lebih lanjut mengenai islam(utk yg muslim),tapi saya sgt geram dan masih kena belajar cara mengawal emosi pada org islam yg menanyakan mengenai islam hanyalah utk dia mengejek dan merendah2kan org yg ditanya itu...tanya bukan utk tujuan mendapat ilmu tetapi hendak mengenakan org yg ditanya...seperti mahu memberitahu yg org yg ditanya tu pn x perfect,sibuk2 je ckp pasal agama(apa yg saya raselah)..

oleh itu, kita sebagai muslim, n sebagai role-model, lakukan segala suruhan dan tinggalkanlah larangan Allah...ye, kita semua x perfect, mlh yg menulis ni pn x perfect, msh byk yg perlu dibaiki, sebab itulah gunanya rakan-rakan dan keluarga disekeliling utk menasihati kita semua supaya x terjerumus ke lembah maksiat.........

harapan saya adalah diri ini sendiri akan berubah menjadi baik dan berusaha melawan hawa nafsu dan penyakit wahan(cintakan dunia dan takutkan mati) dan dpt menambah dan praktikkan segala ilmu yg telah dipelajari.....
harapan pada keluarga,rakan-rakan dan masyarakat adalah supaya penyakit islamophobia dikalangan masyarakat islam dpt ditangani dan amalkanlah hidup islam yg syumul supaya kita mengecapi kebahagian didunia dan akhirat..dan janganlah beriman dgn sebahagian dari isi al-Quran dan kufur dengan sebahagian yg lain...Hal ini kerana mereka itu dijanjikan kehinaan ketika hidup dan neraka diakhirat..nauzubillah......dan semoga negara ini akan bertambah maju dan mengamalkan hidup islam yg syumul....segala perkara yg dilakukan adalah mengikut syariat islam.......insyaAllah.....

No comments:

Post a Comment