yg ingin ku coretkan pada hari ini...adalah pengalaman dan pengajaran yang saya dapati sepanjang dua tahun berada di asrama....
banyak kenangan ketika disana..walaupun hanya dua tahun berada disana...tapi, suka dan duka sepanjang berada disana banyak mengubah saya menjadi insan yang lebih berguna...menghargai kawan, memandang sesuatu dari sudut yang lain daripada yang lain dan menjadi diri sendiri walaupun banyak halangan yang selalu menyebabkan saya tersungkur dan rebah...
pertama-tamanya...ingat lagi saya akan pesanan seorang ustaz....pabila berada disesuatu tempat, sebagai contoh ke sekolah..jangan ingat ke sekolah hanya untuk menimba ilmu sahaja..ada banyak perkara lain yang dalam sedar atau tidak kita dapati ketika disekolah..mungkin ketika disekolah, kita akan belajar mengenai apa itu usrah(bagi yang sekolah asrama) ataupun belajar membaca al-mathurat setiap pagi dan petang...sedar atau tidak dua perkara yang dianggap rutin ketika disekolah banyak membantu kita mendalami ilmu-ilmu agama dan mendekatkan diri kita kepada Allah...bila dah keluar dari sekolah, rutin itu terus diamalkan kerana jika tak buat, akan rasa kosong dan kadang-kala hati tidak tenteram....terasa diri sangat beruntung mendengar nasihat ustaz...jika tidak, saya kesekolah hanya untuk belajar dan mendapat keputusan yang baik sahaja tanpa memikirkan nilai-nilai yang diterapkan oleh para guru sepanjang berada disekolah..

keduanya...disekolah ini, saya belajar erti persahabatan...jika dahulu ego sangat tinggi..suka ikut kepala sendiri,senang marah dan sebagainya...tapi, kawan-kawan disini berjaya melembutkan sedikit hati ini,supaya berfikir dahulu sebelum berkata dan bertindak..satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan itu menjadi pengajaran berguna pada saya..dan menyebabkan saya sangat sayang kawan saya yang seorang tu...walaupun pernah dimarahi,tapi dia sudi menjadi sahabat saya..sampai sekarang masih berhubung dan saya sangat sayang dia..pengajaran yang amat berguna...kenapa? kita tidak boleh sentiasa memikirkan bahawa kita sahaja yang betul...kadang-kadang apa yang kita anggap betul itu, mungkin salah pada pandangan orang lain...dan ketika dalam keadaan yang kelam kabut dan tahap ke"tension"nan itu tinggi, perlulah kita berfikir dengan waras tanpa membiarkan panas baran kita yang mengambil alih..bukan apa...jika mendapat teman seperti teman saya, walaupun saya termarah dia..dia masih sudi memaafkan dan selepas itu kami saling nasihat menasihati..tapi jika dapat teman yang ego sama tinggi macammana??terlupa pula bahawa serendah-rendh ukhuwah itu adalah bersangka baik?agak-agaknya apa yg bakal terjadi??

banyak pula coretan jika mengenai hati dan perasaankan...pengalaman ini ditulis, untuk sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa rambut sama hitam,hati lain-lain...kita tidak mungkin dapat menilai hati seseorang tanpa mengenal terlebih dahulu siapa diri mereka..dan setelah kita tahu, janganlah kita menganggap mereka akan ikut cara kita dan menolak mentah-mentah cara mereka..tapi perlulah kita saling lengkap melengkapi, mengambil nasihat yang berguna dan sentiasa tolong - menolong...
jangan disebabkan harta dan pangkat..jangan disebabkan ego yang terlalu tinggi,,jangan disebabkan nafsu, kita gagal menilai mana kaca dan mana permata.....ingatlah, segala yang keputusan, segala penilaian yang bakal dibuat, perlulah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah...dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara..semuanya perlu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah...
bukalah mata kita luas-luas,bukalah pintu hati kita luas-luas....jangan terlampau fokus pada suatu perkatra sehingga terlepas pandang perkara yang lain....
akhir kata, coretan ini ditulis setelah membaca mengenai bagaimana jatuhnya kerajaan Abbasiyah ditangan tentera Monggol, sifat peribadi yang patut ada pada pemimpin dan dengan apa yang berlaku sekarang ini..menyebabkan saya banyak berfikir..dan dalam berfikir,teringat akan peristiwa disekolah itu..walaupun mungkin bagi kalian, peristiwa disekolah tiada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang or sejarah-sejarah umat Islam yang telah saya baca..saya tidak kisah..kerana yang penting kalian tahu, semua keputusan yang bakal diambil , perlu berlandaskan syariat bukannya ego....dan open your eyes...don't be too rigid.......
dan jangan disebabkan ego dan hawa nafsu, maruah dan agama tergadai.....
wassalam.

No comments:
Post a Comment